THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

17 July 2014


RENUNGAN DIRI AGAR TIDAK MEMBUKA AIB ORANG LAIN.

Terpanggil hati ini berbisik sesuatu,..."..Kenapa mudah sangat manusia hari ini 'share' keaiban seseorang muslim yang lain di FB...sedangkan kita tidak selayaknya menghukum dan membuka aib seseorang muslim yang lain..."

Teringat satu Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Hujurat, Ayat 11 yang bermaksud :

1. Wahai orang-orang yang beriman!

2. Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;

3. dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;

4. dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain;

5. dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman.

6. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

Tidak dinafikan kita seorang yang 'sensitif' tentang sesuatu perkara, namun ada adab dan batasnya terutamanya bila melibatkan 'aib' dan 'maruah' seseorang.

23 March 2010

10 KEBAIKAN TIDAK LEKANG BERZIKIR OLEH ALLAH S.W.T

Lunaskan Puasa anda!

Di sini terdapat sedikit penerangan mengenai kemusykilan dalam menggantikan puasa yang telah kita tinggalkan dengan sengaja atau disebabkan haid n sebagainya, perkara ini turut melibatkan golongan Adam bukan sahaja golongan Hawa ye..

Jika anda terlupa or tidak sempat untuk menggantikan puasa bagi tahun-tahun hijrah sebelum ini, di sini ada penjelasannya..

Contoh kiraan dan huraian :


TAHUN

TAHUN HIJRAH

HARI yg ditinggalkan cth:

KIRAAN / GANDAAN

JUMLAH

2003

1424

7

7 x 6

42

2004

1425

7

7 x 5

35

2005

1426

7

7 x 4

28

2006

1427

7

7 x 3

21

2007

1428

7

7 x 2

14

2008

1429

7

7 x 1

7

JUMLAH :

42 HARI

147 GANDAAN


Hari yang ditinggalkan 42 hari.
Jumlah keseluruhan ialah 147 gandaan.

1. Anda wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan ini sebanyak 42 pada tahun ini sebaik-baiknya, melangsaikan hutang puasa dengan Allah adalah lebih berkat hidup ini serta mendapat keampunan dariNya.

2. Anda dikenakan membayar fidyah iaitu sebanyak mana yang ditinggalkan,

Contoh kiraan :

147 x dengan nilai semasa harga makanan ruji di Malaysia

147 x RM1.80 = RM 264.60 * SILA RUJUK PUSAT ZAKAT*


Kepada mereka yang cuai atau tidak tahu sebelum ini, gunakanlah panduan berguna ini, ianya diperolehi dari kajian saya sendiri dan bantuan rakan-rakan yang Arif dari Jabatan Kemajuan Islam. Setiap yang disampaikan ini adalah juga amanah sesama umat islam demi membentuk jatidiri serta kesempurnaan matlamat hidup. wassalam.

27 February 2010

Perhimpunan Di Padang Mahsyar

Hadith :

Dari Abi Hurairah r.a ., bahawa Nabi s.a.w bersabda: “ Manusia berpeluh pada hari kiamat dengan banyaknya sehingga air peluh mereka meresap ke dalam bumi berpuluh-puluh hasta dan menenggelami mereka sehingga sampai ke telinga masing-masing.”

Riwayat Bukhari dan Muslim

Penerangan
1. Untuk menzahirkan tanda kesangatan murka Tuhan Yang Maha Adil terhadap orang-orang yang bersalah maka pada masa itu didekatkan matahari kepada kepala manusia dan dibawa datang Neraka jahannam ke padang Mahsyar serta diberikannya bercakap menyatakan jenis-jenis orang yang diserahkan kepadanya menjalankan hukuman azab seksanya.
2. Bagi orang yang beriman, mereka mendapat pertolongan Allah seawalnya

15 January 2010

Larangan berkhalwat

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:

”Mana-mana lelaki tidak akan berdua-duaan (berkhalwat) dengan perempuan, melainkan pasti syaitan akan menjadi yang ketiga.”


Penjelasan
1. Wanita adalah dilarang berkhalwat dengan lelaki yang bukan muhrimnya di mana berkhalwat tidak semestinya berlaku di dalam rumah sahaja tetapi ia juga boleh berlaku di tempat-tempat yang sunyi tanpa dihadiri atau dilihat oleh orang ramai seperti di taman, tasik, pejabat dan sebagainya.
2. Khalwat yang diharuskan oleh Islam adalah khalwat dalam ertikata ‘mengasingkan diri daripada orang ramai untuk tujuan beribadah kepada Allah S.W.T’ sepertimana yang berlaku pada Rasulullah s.a.w. yang berkhalwat di Gua Hira’. Baginda menjauhkan diri daripada masyarakat jahiliyah untuk melakukan ibadah kepada Allah.
3. Syaitan merupakan makhluk yang bijak. Selagi ada kesempatan yang terluang, ia akan menggoda manusia untuk melakukan perbuatan yang terkutuk. Oleh itu kita hendaklah sentiasa berwaspada. Jangan sekali-kali menghampiri pintu yang menghumban ke neraka seperti melakukan khalwat yang akhirnya menjebakkan diri kepada zina dan sebagainya.

Perlakuan Yang Dituntut

Nabi s.a.w bersabda:

"Apabila Allah hendak membahagiakan seseorang hamba-Nya, Allah Taala menyeru Jibril dengan firman-Nya: "Sesungguhnya Allah kasihkan si anu maka hendaklah engkau mengasihinya"; Jibril pun mengasihinya; kemudian Jibril mengisytiharkan kepada sekalian penduduk langit katanya: Sesungguhnya Allah kasihkan si anu maka hendaklah kamu sekalian mengasihinya; dengan itu penduduk langit pun mengasihinya; setelah itu orang yang tersebut dikasihi dan diberi sambutan di bumi. Dan apabila Allah Taala bencikan seseorang hamba-Nya,

Allah memanggil Jibril serta berfirman:

"Sesungguhnya Aku bencikan si anu maka hendaklah engkau bencikan dia". Jibril pun membencinya; kemudian Jibril mengisytiharkan kepada sekalian penduduk langit, katanya: "Sesungguhnya Allah bencikan si anu maka hendaklah kamu sekalian membencinya"; dengan itu penduduk langit pun membencinya; setelah itu orang yang tersebut dibenci dan dipulaukan di bumi."


ii) Orang yang mempunyai sifat dan amalan yang baik sesungguhnya amat dikasihi oleh Allah S.W.T. Dia juga disayangi oleh sekalian makhluk yang ada di langit dan bumi.
iii)Pengisytiharan kasih mahupun benci oleh Allah terhadap seseorang itu adalah sebagai memberi nilai yang sewajarnya agar kesan kebaikan dan kejahatan tersebut dapat dirasai oleh pelakunya di dunia sebelum ia menerima balasan sepenuhnya di hari akhirat.
iv)Kita selaku manusia biasa adalah tidak layak untuk menilai tentang buruk baiknya seseorang apalagi menghukum dan membenci manusia yang lain kerana hanya Allah sahaja yang berhak berbuat demikian.

Abu Hurairah r.a

‘BRACES' DAN KIKIR GIGI

Dan yang disebut mengikir gigi dalam hadith di atas, iaitu merapikan dan memendekkan gigi. Biasanya dilakukan oleh perempuan. Kerana itu Rasulullah melaknat perempuan-perempuan yang mengerjakan perbuatan ini (tukang kikir) dan minta supaya dikikir. Kalau ada lelaki yang berbuat demikian, maka dia akan lebih berhak mendapat laknat.

Termasuk diharamkan seperti halnya mengikir gigi, yaitu menjarangkan gigi. Dalam hal ini Rasulullah pernah melaknatnya, yaitu seperti tersebut dalam hadisnya:


"Dilaknat perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Yang disebut ‘al-Falaj', yaitu meletakkan sesuatu di celah gigi, supaya nampak agak sedikit jarang. Di antara perempuan memang ada yang oleh Allah dicipta demikian, tetapi ada juga yang tidak begitu. Kemudian dia meletakkan sesuatu di celah gigi yang berhimpitan itu, supaya giginya menjadi jarang. Perbuatan ini dianggap mengelabui orang lain dan berlebihan dalam berhias yang sama sekali bertentangan dengan hukum Islam yang sebenarnya. Perlu diingat, hal menjarangkan gigi ini adalah ‘trend' Jahiliyah di zaman Jahiliyah dan ia dianggap cantik. Adapun pada hari ini, kebanyakkannya sudah menukar ‘style' mereka kepada merapatkan gigi menggunakan ‘braces' yang yang bertujuan MENCANTIKKAN susunan gigi. Ketika itu, hukum HARAM yang sama, jatuh pada perbuatan merapatkan gigi bagi tujuan kecantikan. Adapun jika ia dilakukan bagi individu yang mengalami kemalangan dan bertujuan mengubatnya, ia menjadi HARUS.

Dari hadis-hadis yang telah kita sebutkan di atas, maka kita dapat mengetahui tentang hukum pembedahan kecantikan seperti yang terkenal sekarang kerana bagi memenuhi selera nafsu dan syahwat, iaitu kebudayaan Barat yang amat materialististik, sehingga begitu ramai perempuan dan lelaki yang membazirkan wangnya beribu-ribu untuk mengubah bentuk hidung, payudara atau yang lain. Semua ini termasuk yang dilaknat Allah dan RasulNya, kerana di dalamnya terkandung penyiksaan dan perubahan bentuk ciptaan Allah tanpa ada suatu sebab yang mengharuskan untuk berbuat demikian, melainkan hanya untuk pemborosan dan kelalaian dalam hal-hal yang bersifat ‘show off' dan lebih mengutamakan pada bentuk, bukan inti, lebih mementingkan jasmani daripada rohani.

Bagaimanapun Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menyebut : "Adapun kalau ternyata orang tersebut mempunyai cacat yang kiranya menjijikkan pandangan, misalnya kerana ada daging tambah yang boleh menimbulkan sakit jiwa dan perasaan, maka ketika itu adalah tidak berdosa orang untuk berubat selagi dengan tujuan menghilangkan kecacatan atau kesakitan yang boleh mengancam hidupnya. Kerana Allah tidak menjadikan agama buat kita ini dengan penuh kesukaran" (Al-Halal wal Haram Fil Islam )