TAHUN TAHUN HIJRAH HARI yg ditinggalkan cth: KIRAAN / GANDAAN JUMLAH 2003 1424 7 7 x 6 42 2004 1425 7 7 x 5 35 2005 1426 7 7 x 4 28 2006 1427 7 7 x 3 21 2007 1428 7 7 x 2 14 2008 1429 7 7 x 1 7 JUMLAH : 42 HARI 147 GANDAAN
23 March 2010
Lunaskan Puasa anda!
Posted by وردة روسلي at 11:36 AM 0 comments
Labels: HUKUM ISLAM
15 January 2010
Larangan berkhalwat
| Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: ”Mana-mana lelaki tidak akan berdua-duaan (berkhalwat) dengan perempuan, melainkan pasti syaitan akan menjadi yang ketiga.” |
1. Wanita adalah dilarang berkhalwat dengan lelaki yang bukan muhrimnya di mana berkhalwat tidak semestinya berlaku di dalam rumah sahaja tetapi ia juga boleh berlaku di tempat-tempat yang sunyi tanpa dihadiri atau dilihat oleh orang ramai seperti di taman, tasik, pejabat dan sebagainya.
2. Khalwat yang diharuskan oleh Islam adalah khalwat dalam ertikata ‘mengasingkan diri daripada orang ramai untuk tujuan beribadah kepada Allah S.W.T’ sepertimana yang berlaku pada Rasulullah s.a.w. yang berkhalwat di Gua Hira’. Baginda menjauhkan diri daripada masyarakat jahiliyah untuk melakukan ibadah kepada Allah.
3. Syaitan merupakan makhluk yang bijak. Selagi ada kesempatan yang terluang, ia akan menggoda manusia untuk melakukan perbuatan yang terkutuk. Oleh itu kita hendaklah sentiasa berwaspada. Jangan sekali-kali menghampiri pintu yang menghumban ke neraka seperti melakukan khalwat yang akhirnya menjebakkan diri kepada zina dan sebagainya.
Posted by وردة روسلي at 1:29 PM 0 comments
Labels: HUKUM ISLAM
‘BRACES' DAN KIKIR GIGI
Dan yang disebut mengikir gigi dalam hadith di atas, iaitu merapikan dan memendekkan gigi. Biasanya dilakukan oleh perempuan. Kerana itu Rasulullah melaknat perempuan-perempuan yang mengerjakan perbuatan ini (tukang kikir) dan minta supaya dikikir. Kalau ada lelaki yang berbuat demikian, maka dia akan lebih berhak mendapat laknat.
Termasuk diharamkan seperti halnya mengikir gigi, yaitu menjarangkan gigi. Dalam hal ini Rasulullah pernah melaknatnya, yaitu seperti tersebut dalam hadisnya:
"Dilaknat perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Yang disebut ‘al-Falaj', yaitu meletakkan sesuatu di celah gigi, supaya nampak agak sedikit jarang. Di antara perempuan memang ada yang oleh Allah dicipta demikian, tetapi ada juga yang tidak begitu. Kemudian dia meletakkan sesuatu di celah gigi yang berhimpitan itu, supaya giginya menjadi jarang. Perbuatan ini dianggap mengelabui orang lain dan berlebihan dalam berhias yang sama sekali bertentangan dengan hukum Islam yang sebenarnya. Perlu diingat, hal menjarangkan gigi ini adalah ‘trend' Jahiliyah di zaman Jahiliyah dan ia dianggap cantik. Adapun pada hari ini, kebanyakkannya sudah menukar ‘style' mereka kepada merapatkan gigi menggunakan ‘braces' yang yang bertujuan MENCANTIKKAN susunan gigi. Ketika itu, hukum HARAM yang sama, jatuh pada perbuatan merapatkan gigi bagi tujuan kecantikan. Adapun jika ia dilakukan bagi individu yang mengalami kemalangan dan bertujuan mengubatnya, ia menjadi HARUS.
Dari hadis-hadis yang telah kita sebutkan di atas, maka kita dapat mengetahui tentang hukum pembedahan kecantikan seperti yang terkenal sekarang kerana bagi memenuhi selera nafsu dan syahwat, iaitu kebudayaan Barat yang amat materialististik, sehingga begitu ramai perempuan dan lelaki yang membazirkan wangnya beribu-ribu untuk mengubah bentuk hidung, payudara atau yang lain. Semua ini termasuk yang dilaknat Allah dan RasulNya, kerana di dalamnya terkandung penyiksaan dan perubahan bentuk ciptaan Allah tanpa ada suatu sebab yang mengharuskan untuk berbuat demikian, melainkan hanya untuk pemborosan dan kelalaian dalam hal-hal yang bersifat ‘show off' dan lebih mengutamakan pada bentuk, bukan inti, lebih mementingkan jasmani daripada rohani.
Bagaimanapun Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menyebut : "Adapun kalau ternyata orang tersebut mempunyai cacat yang kiranya menjijikkan pandangan, misalnya kerana ada daging tambah yang boleh menimbulkan sakit jiwa dan perasaan, maka ketika itu adalah tidak berdosa orang untuk berubat selagi dengan tujuan menghilangkan kecacatan atau kesakitan yang boleh mengancam hidupnya. Kerana Allah tidak menjadikan agama buat kita ini dengan penuh kesukaran" (Al-Halal wal Haram Fil Islam )
Posted by وردة روسلي at 12:31 PM 0 comments
Labels: HUKUM ISLAM
LELAKI yang tidak menunaikan sembahyang
Hukum orang ini adalah orang Muslim 'Asi (muslim melakukan maksiat). Jika dia menafikan wajibnya, maka hukumnya adalah kafir. Hadis Nabi yang bermaksud : " Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka jelaslah kufurnya."
Soal yang berkaitan dengan azab adalah urusan Allah. Tidak layak bagi kita sebagai hamba mempertikaikannya.
Solat itu tiang agama, jika tiang tidak didirikan tentulah akan runtuh agama seseorang. Yang membezakan orang Islam dan bukan Islam ialah solatnya. Ada banyak sebab kenapa seseorang malas solat.
Antaranya kerana dia tidak tahu solat di umur yang sudah lanjut menyebabkan dia malas melaksanakannya kerana jahil. Ajaklah suami belajar terlebih dulu dengan berguru atau sendiri membimbingnya jika dia mahu.
Kemudian laksanakan solat secara berjemaah suami isteri supaya dia lebih bersemangat melakukannya. Pujuk dan doakan suami, bukan mudah memberi dakwah suami ke arah kebaikan.
Ajak anak-anak solat bersama dan ingatkan waktu solat dengan lembut setiap kali masuk solat supaya dia tidak rasa tertekan tetapi seperti diberi semangat.
Kesabaran tinggi akan membantu suami cintakan solat setelah semakin hari dibiasakan. Pastikan juga dia dapat berkawan dengan mereka yang cintakan solat supaya dia lebih mudah melakukannya.
Posted by وردة روسلي at 12:25 PM 0 comments
Labels: HUKUM ISLAM, Solat
09 January 2010
Tiada Kompromi Dalam Maksiat
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
”Sesungguhnya kecacatan pertama yang berlaku pada Bani Israil ialah apabila seorang lelaki melihat lelaki lain melakukan maksiat, dia akan berkata:”Wahai si fulan! Takutlah kepada Allah dan tinggalkan kerja maksiat yang engkau sedang lakukan itu kerana ia tidak harus bagi engkau untuk melakukannya. Kemudian pada keesokan harinya lelaki yang menegah itu melihat lelaki yang melakukan maksiat itu masih melakukan maksiat yang sama, tetapi dia tidak mencegahnya kerana barangkali pelaku maksiat itu merupakan orang yang memberinya makan dan minum atau rakan baiknya. Apabila Bani Israel melakukan perbuatan seperti itu, maka Allah telah memperlagakan sesama hati mereka dan kemudian Allah melaknat mereka melalui lidah para anbiya’-Nya.”
Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi
Posted by وردة روسلي at 12:38 PM 0 comments
Labels: HUKUM ISLAM
26 November 2009
Ciri ciri orang Munafik
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.
antara kata lain:
i) Amanah bermaksud tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya.
Ii) Amanah meliputi berbagai-bagai aspek seperti amanah tehadap Allah dan Rasul-Nya, amanah terhadap diri sendiri dan amanah terhadap masyarakat dan perkhidmatan.
Iii) Monopoli kuasa dan tanggungjawab yang luas di tangan seseorang akan menyebabkan kuasa itu tidak berkesan dan tanggungjawab tidak dapat dijalankan. Oleh itu sesuatu tugas itu hendaklah diamanahkan kepada mereka yang layak dan mampu melaksanakannya di mana ia memiliki ciri-ciri amanah, kepakaran dan ketakwaan.
iv) Tidak amanah adalah satu tanda munafik. Akibatnya seseorang itu tidak lagi dipercayai oleh masyarakat disebabkan sifat khianat yang telah dilakukannya terhadap sesuatu tanggungjawab yang diberikan kepadanya
Posted by وردة روسلي at 1:16 PM 0 comments
Labels: HUKUM ISLAM