THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

07 August 2009

Kasihnya Kaabah


Kaabah enggan bergerak...

Titian As Sirat jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga
itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan
memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya. Jika orang beriman,
pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan
mengecil dan memanjang.

Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat
datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari
itu supaya bergerak menuju ke syurga. Yang menghairankan, biarpun kaabah
tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya
kenapa enggan bergerak ke syurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan
bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah
tawaf di sekelilingnya.

Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi
kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak.
Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak.Kaabah menjawab, ada lagi
beberapa orang yang tidak hadir.

Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke
dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di
dunia.Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang
berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka. Kaabah berkata, ia tidak
peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak
ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di
sekelilingnya.

Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku.... Allah yang
Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa
orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka.Mereka lantas di bawa keluar
daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....

0 comments: