THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

20 October 2009

Sesuatu Perkara Yang Selalu Orang Ambil Mudah

Salam kepada semua pembaca blog ini, lama juga rasanya saya tidak menulis, kali ini saya datang membawa informasi yang selalu orang islam kita ambil mudah dari segi hukum hakam agama rasmi kita ini iaitu mengenai KEFAHAMAN ZINA bagi mereka yang sudah terjebak atau kepada mereka yang masih belum faham apa yang patut dilakukan terhadap Penzina-penzina ini, dan kepada yang lain harap sedar bahawa Allah Maha Pemurah lagi Maha Pengampun, sedia mengampuni dan tidak bermakna kita harus mengambil kesempatan dari kelebihan yang diberi diatas laranganNya itu. Ikuti sedikit informasi mengenai isu ini...

Firman Allah S.W.T:

اَلزَّانِيْ لاَ يَنْكِحُ إِلاَّ زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لاَ يَنْكِحُهَا إِلاَّ زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ وَحُرِّمَ ذَلِكَ عَلى الْمُؤْمِنِيْنَ

“Lelaki penzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik, yang demikian itu diharamkan atas orang-orang mu’min.” (Surah An-Nur: ayat 3)

Ada sesetengah ulamak mengkategorikan ayat ini sebagai ayat nahyu (ayat larangan). Yakni dilarang orang-orang mu’min berkahwin dgn penzina dan sebaliknya. Pendapat ini dipegang oleh ulama Basrah zaman Tabi’in Hassan Al-Basri. Asbanun nuzul ayat ini pada ketika Sahabat Nabi S.A.W ingin mengahwini Ummu Mahzul seorang penzina (riwayat an-nasa’ie), lalu turunlah ayat ini.

Pendapat jumhur ayat ini bukan ayat larangan sebaliknya ia adalah ayat celaan (wa’id). Ulamak mazhab hanbali mengatakan apabila seorang perempuan berzina, maka orang yang mengetahui perihal itu tidak halal mengahwininya kecuali dgn dua syarat:
1. Selesai iddahnya yakni jika dia mengandung akibat zina, maka penamatan iddahnya ialah dengan melahirkan kandungannya. Dia tidak halal dinikahi sebelum melahirkan berdasarkan hadith

لاَ يَحِلُّ ِلامْرِئٍ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ اْلآخِرِ أَنْ يَسْقِيْ مَاءَه ُزَرْعَ غَيْرِهِ

“Sesiapa yang beriman dgn Allah S.W.T dan hari Akhirat, janganlah dia menyiram airnya di ladang orang lain.” (diriwayatkan oleh At-Tirmidzi daripada Ruwaifa’. Hadith ini bertaraf hasan tetapi dgn lafaz ‘anak selainnya’ sebagai ganti ‘ladang orang lain’. Abu Dawud juga meriwayatkan hadith ini dgn lafaz ‘ladang orang lain’).

Pendapat ini juga didukung oleh Imam Abu Yusuf and Zufar dan mazhab Maliki.

2. Perempuan itu hendaklah bertaubat daripada perbuatan zinanya berdasar ayat:
“…yang demikian itu diharamkan atas orang-orang mu’min.” (surah an-nur: ayat 3).

Sebelum ia bertaubat, dia dikira berada dlm keadaan zina. Apabila dia bertaubat, terbatallah pengharaman itu berdasarkan Sabda Nabi S.A.W:
“Orang yang bertaubat daripada dosa sama seperti orang yang tidak berdosa.”

Syeikh Utsaimin dlm Fatawa Islamiyyah bahawa ayat an-nur itu tadi membawa maksud, perempuan yg dizinai itu mestilah dinikahi dgn lelaki yg menzinainya itu.

Antara ciri-ciri yang lain bagi calon isteri yang baik secara umum adalah seperti berilmu, sentiasa bersyukur, tahu menjaga hubungan yang baik dengan kaum keluarga kedua belah pihak, memiliki daya kepimpinan terhadap pengurusan rumahtangga dengan baik, memahami kehendak/keperluan suami, batas pergaulannya terjaga, dan sentiasa menjaga penampilan yang baik.

“Kebahagiaan manusia ada tiga: Wanita yang solehah, tempat tinggal yang baik, dan kenderaan yang baik. Sedangkan kesengsaraan manusia ialah: Wanita yang buruk (perangainya), tempat tinggal yang buruk, dan kenderaan yang buruk.” (Hadis Riwayat Ahmad (1/168), dengan sanad yang sahih)

Dan mereka berkata (berdoa): "Wahai Tuhan kami, anugerahilah kepada kami isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. (al-Furqan 25: 74)

Dan sebaik-baik wanita itu adalah mereka yang soleh dalam agamanya, sebagaimana hadis berikut:

“Dunia itu seluruhnya adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan dunia adalah isteri yang solehah.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab ar-Ridha)

0 comments: