THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

15 January 2010

LELAKI yang tidak menunaikan sembahyang

Hukum orang ini adalah orang Muslim 'Asi (muslim melakukan maksiat). Jika dia menafikan wajibnya, maka hukumnya adalah kafir. Hadis Nabi yang bermaksud : " Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka jelaslah kufurnya."

Soal yang berkaitan dengan azab adalah urusan Allah. Tidak layak bagi kita sebagai hamba mempertikaikannya.

Solat itu tiang agama, jika tiang tidak didirikan tentulah akan runtuh agama seseorang. Yang membezakan orang Islam dan bukan Islam ialah solatnya. Ada banyak sebab kenapa seseorang malas solat.

Antaranya kerana dia tidak tahu solat di umur yang sudah lanjut menyebabkan dia malas melaksanakannya kerana jahil. Ajaklah suami belajar terlebih dulu dengan berguru atau sendiri membimbingnya jika dia mahu.

Kemudian laksanakan solat secara berjemaah suami isteri supaya dia lebih bersemangat melakukannya. Pujuk dan doakan suami, bukan mudah memberi dakwah suami ke arah kebaikan.

Ajak anak-anak solat bersama dan ingatkan waktu solat dengan lembut setiap kali masuk solat supaya dia tidak rasa tertekan tetapi seperti diberi semangat.

Kesabaran tinggi akan membantu suami cintakan solat setelah semakin hari dibiasakan. Pastikan juga dia dapat berkawan dengan mereka yang cintakan solat supaya dia lebih mudah melakukannya.

0 comments: