THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

15 January 2010

SYAITAN YANG MENGGANGGU TIKA WUDUK DAN SOLAT

Rasulullah SAW setiap kali mengambil wudhuk sentiasa menggunakan air yang sedikit supaya tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang membazir.

Syaitan yang bernama "WALHAN" sentiasa mengganggu seorang yang mengambil wudhuk supaya hati mereka sentiasa merasa was-was. Oleh itu, perlu saudara mengawasi semasa mengambil wudhuk atau mandi junub dengan membaca doa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Aku berlindung dengan engkau daripada gangguan syaitan dan aku berlindung daripada engkau Ya Tuhanku daripada kedatangan syaitan itu kepadaku"

Syaitan yang bernama "KHINZIB" yang sentiasa ganggu ketika sembahyang menjadikan hati tidak tenteram kerana khusyuk telah hilang. Oleh itu, untuk mendatangkan khusyuk hendaklah :

i) Memahami apa yang dibaca dalam sembahyang

ii) Ketika bertakbir jangan di mulut sahaja tetapi hendaklah sampai ke hati.

iii) Membaca Al-Fatihah dengan tertib dan fahaminya dengan baik. Dan hendaklah difahami dengan bacaan Fatihah itu adalah dialog antara hamba dengan Allah SWT sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

"Telah berfirman Allah bahawa Aku bahagikan solat (maksudnya Fatihah) antara aku dan hambaKu menjadi dua bahagian (separuh untukKu dan separuh lagi untuk hambaKu) dan bagi hambaKu apa yang mereka minta"

0 comments: