THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

27 August 2009

Mengenali Allah SWT

Enam sifat orang yang mengenali Allah ada enam, jika ia ingat kepada Allah ia berbangga, jika ia ingat akan dirinya, ia merendah diri, jika ia melihat ayat Allah (Al-Quran) ia mengambil iktibar, jika ingin bermaksiat, ia menahan dirinya, jika ingat kemaafan allah ia gembira dan jika ingat dosanya, ia terus memohon keampunan Allah.

Seorang ahli hikmah lain ketika ditanya, “ apakah tanda taubat diterima Allah?, jawabnya, ada empat iaitu putus hubungan dengan kawan yang tidak baik (jahat) dan bersahabat dengan orang soleh , menghentikan maksiat sebaliknya rajin melakukan perintah allah, hilang rasa kesenangan dunia di hatinya, lalu selalu ingat kesusahan di akhirat, percaya jaminan Allah dalam soal rezeki, lalu sibuk mengerjakan perintah Allah.

Abul-laits Assamarqandi berkata, dosa ada dua jenis iaitu antara kamu terhadap Allah dan dosa sesama manusia. Dosa antara kamu dengan Allah terlepas dengan tiga syarat taubat iaitu menyesal dalam hati, niat tidak mengulangi kesalahan dan membaca istighfar dengan lidah.

Sesiapa yang melakukan tiga syarat itu, Allah ampunkan dosanya sebelum ia bangun dari tempat duduknya, kecuali jika ia meninggalkan fardu diwajibkan Allah.
Selepas ia menunaikan fardu diperintah lalu menyesal dan beristighfar, Allah mengampunkan dosanya. Namun jika dosa kamu sesama manusia, selagi mereka tidak memaafkan atau menghalalkannya,tidak berguna taubat bagimu.