THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

27 August 2009

Selalu Terlupa

Sahabat Nabi SAW, Salman Al-farasi berkata, tiga perkara menyebabkan aku tertawa manakala tiga perkara lagi menyedihkan yang menyebabkan aku menangis terisak-isak.

Menyebabkan aku tertawa:

1 Orang yang panjang angan-angan hidup padahal maut mengejarnya.
2 Orang yang lupa kepada maut, padahal maut tidak lupa padanya.
3 Orang yang tertawa padahal ia tidak mengetahui adakah Allah reda atau murka kepadanya.

Menyebabkan aku menangis:

1 Berpisah dengan sahabat Nabi Muhammad SAW dan kawan-kawan.
2 Memikirkan dahsyatnya maut apabila tiba saatnya kelak.
3 Memikirkan bila berhadapan dengan Allah kelak, akan diperintah ke mana aku ini, sama ada ke syurga atau ke neraka.

Abu Hamis Allafat berkata: siapa yang sering ingat mati, akan lakukan tiga perkara iaitu segera bertaubat, tidak tamak pada rezeki dan kuat beribadat. Sebaliknya orang yang selalu lupa akan mati akan menundakan taubat, tamak dan malas beribadat.

0 comments: